“Still bleeding boss.” Aku lap bahagian bawah rahim dengan kasa. Darah masih mengalir walaupun diatermi sudah dilakukan berkali-kali.
“Never mind. There’s a bleeder there.” Pakar bedah di hadapan aku tenang menjawab. Bukan masalah besar bagi beliau.
“Vicryl 2-0.” Bos mahu ikat terus urat darah yang jadi punca pendarahan. Benang warna ungu dihulurkan Jururawat Kau Hijau.
Baru sahaja mahu mencucuk jarum, tiba-tiba seorang jururawat meluru masuk dari luar dengan telefon mudah alih di tangan.
“Dr Om,” tak perlu ditanya dia sudah memberitahu nama pemanggil. Perhatian kami berdua teralih. Kalau MO di talian, biasanya mesti ada nak rujuk kes kecemasan.
“Why? Got difficult case or what?” Telefon di tekapkan di telinga beliau. Masih belum keluar dari zon steril.
Mendengar suara dari talian sebelah, muka bos berkerut. Kemudian beliau pandang aku.
“You nak makan apa?”
Benarlah, tiada apa yang lebih kecemasan berbanding makan pada waktunya.
Telah disiarkan melalui Facebook