Belek-belek clerking Jabatan Kecemasan. Pesakit baru sahaja dihantar masuk wad bersalin malam itu.
“G2P1 at 30+4, presented with contraction pain. Diagnosis, premature contraction.”
“Sakit dekat mana?” Aku tanya pesakit di hadapan.
Terketar-ketar dia tunjuk bahagian perut. Mukanya berpeluh menahan kesakitan. Ditunjuk pembaris kesakitan, markah 10.
Aku belek mukasurat seterusnya. Denyutan jantung 134, sel darah putih 26.
“Tunjuk guna satu jari mana paling sakit,” aku tukar soalan lebih spesifik.
“Paling kuat sini dokter,” dia tunjuk bahagian kanan dekat dengan pinggul.
“Sini?” Aku tekan untuk kepastian. Sebaik sahaja aku sentuh, mukanya berkerut. Tangan dilepaskan, mukanya lagi berkerut. Bahagian lain perut aku tekan untuk lebih kepastian. Tidak menunjukkan tanda sakit seperti tadi.
“Kak, vital sign monitoring stat,” aku bagi arahan pada Kakak Baju Putih sementara mencari Normal Saline di bilik rawatan. Sarung tangan steril saiz 7 dan krim Chlorhexidine aku capai.
Sementara kakak baju putih memakaikan kaf di lengan kanan, aku tarik langsir menutup ruang katil sebelum memeriksa bukaan jalan bawah. Sempat lagi aku belek dokumentasi ultrabunyi terakhir. Placenta posterior upper segment.
“Saya periksa jalan bawah sekejap,” aku beritahu ibu tersebut. Dia cuma angguk lemah. Jalan bawah aku periksa secepat mungkin. Tertutup.
Kemudian bergegas aku cari MO di dewan makan wad bersalin.
“Boss, ANOTHER case of appendix.” MO buat aksi facepalm. Kes appendicitis ketiga malam ini dihantar ke wad bersalin.
Telah disiarkan melalui Facebook