Skor Puki

This one the nausea-and-vomiting patient right?” Laju sahaja MO besar memulakan bulatan gembira pagi itu. Tergesa-gesa kami mengikut beliau sambil berhempas pulas menulis semua dokumentasi untuk pesakit sebelumnya.

Yes boss. This morning no more vomiting. Last episode yesterday 2 times. No more blood streak. Urine ketone today dropping, 2+” Nota kes dihulurkan salah seorang rakan kami dari belakang.

“BUSE?”

“Normal.” Laporan rasmi di belakang nota kes diselak.

So what’s puki score for this patient?

Kami para HO saling berpandangan. Skor puki? Apa kaitan dengan muntah sewaktu mengandung?

Melihat kami semua buat muka tak tahu – muka tipikal HO – beliau bertanya kembali, “You guys know what is puki right?

“Err vagina?” Teragak-agak salah seorang daripada kami menjawab.

Oh my god you guys HO nowadays during my time. Puki; P-U-Q-E score. Not that puki,” beliau menepuk dahi sambil menjulingkan mata ke atas. Satu persatu dieja supaya kami faham.

Susah kan kalau kami terlalu cemerlang Bahasa Melayu?

Telah disiarkan melalui Facebook

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain