VE Tanpa Prejudis

Antenatally she’s a late booker, claimed cannot do booking because she didnt have marriage certificate…

What? Come again,” SP mencelah sewaktu pembentangan kes, tiba-tiba sahaja poin tersebut menarik perhatian beliau.

She cannot do booking during early pregnancy because at that time her marriage certificate still in process,” rakan sekerja mengulang kembali sejarah antenatal pesakit di hadapan.

Nonsense. Which KK is that?

That time she’s in Selangor,” rakan saya menjawab.

“Kk Selangau?”

No, Selangor,” serentak kami lima orang hosmen membetulkan. Barulah terasa berguna sekejap diri ini, kalau tak cuma mampu mengangguk bodoh kerana tidak tahu kes.

I dont know why West Malaysia had this nonsense; no marriage certificate cannot do booking.” Muka dan nada beliau jelas tidak puas hati.

Boss, previously we also got patient who cannot do early booking in West Malaysia just because she’s less than 3 months gestational age, ” tiba-tiba MO di sebelah menyampuk. Sengaja menambah perisa.

That’s why I’m telling you it’s nonsense. Every pregnancy is precious. We want them to do booking as early as possible so we can follow up their pregnancy better.

Kes kali ini kehilangan anaknya kira-kira 2 minggu selepas selesai membuat buku Merah Jambu di klinik. Usia kandungan baru menjangkau 26 minggu. Ujian darah dikesan VDRL dan TPHA positif, disyaki penyebab utama kematian yang mungkin boleh dielakkan jika dirawat lebih awal.

Maka perempuan-perempuan sekalian, sila ke klinik jika disyaki mengandung. Ibu tunggal, ibu tanpa nikah, ibu bawah umur semuanya kami VE sama rata tanpa prejudis.

Telah disiarkan melalui Facebook

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain