Pagi buta remaja umur belasan tahun itu datang mengadu sakit perut. Dressar dah suruh pergi kencing simpan dalam botol sebelum hantar ke Zon Kuning. Mungkin jangkitan kencing katanya.
“Adik, sakit perut kat mana?” Aku tanya lepas dia keluar dari tandas. Botol kuning aku ambil letak atas troli.
“Dekat bawah.” Dia tunjuk bahagian bawah dekat kemaluan.
Baru nak tekan dah nampak macam buncit. Aku suruh buka sweater dan baring atas katil. Memang memboyot macam tengah hamil.
“Kamu mengandung ke adik?”
Geleng kepala.
“Bila kali terakhir datang bulan?”
“Hujung bulan tiga.”
Perut besar sebegini tak payah buat Urine Pregnancy Test. Ultrasound ditarik dari hujung bilik. HeshO laju cari skrin nak caperon sebelum aku scan.
“Adik, dah lapan bulan tak datang haid kamu tak pelik ke? Perut pun dah besar macam ni.”
Senyap sepi, soalan tersebut sekadar berlalu di angin lalu. Nasib baik dia tak jawab ingatkan perut buncit dah jadi gemuk.
“Sudah kahwin?”
“Belum.” Biasa sahaja Bumiputera Sarawak kahwin awal. Kadang-kadang belum ada sijil kahwin, cuma ikut adat ada surat daripada tuai rumah.
Aku duduk di birai katil. Bagi arahan supaya tarik baju ke atas supaya boleh nampak perut lebih jelas. Perut yang memboyot ditekan tekan. Lebih kurang 36 minggu. Right occipito anterior.
“Ada boyfriend?”
“Tak ada.”
“Kamu tinggal dengan siapa? Pernah bawa lelaki balik rumah minum sampai mabuk?” Selalu sahaja pesta minum berakhir dengan pesta seks. Kena juga tanya kalau ada kemungkinan.
“Tak pernah.”
“Betul ni tak pernah bercampur dengan mana-mana lelaki?” Angguk. Masih tak mengaku. Tapi pandangan menerawang ke sekeliling bilik. Respon biasa kalau cakap tak betul.
“Saya scan kalau nampak baby macam mana? Denda belanja KFC.”
Malas nak soal siasat paksa lebih-lebih. Bagi Obstetric pula sambung nanti. Lagipun memang diketahui kakak baju putih wad bersalin mulut laser tak ingat dunia, eloklah kita jangan stress-kan adik ini awal-awal.
“Tengok, ini tulang belakang dia, kepala dia kat sini. Jantung elok berdegup kencang.” Aku tunjuk paparan skrin ultrasound. Kosong sahaja pandangan dia.
“Malam ini ada keluar air dari bawah?”
“Tak ada, tapi ada keluar lendir merah-merah sikit.” Mungkin dah ada show.
“OKlah kita hantar labor room.” Aku bagitau HeshO di sebelah.
“Refer as false labor?” HeshO tanya minta kepastian.
“Ada munasabah HO nowadays. False labor orang hantar balik rumah tak payah refer. VE dulu.” Aku suruh HeshO pempuan sahaja yang periksa jalan bukaan pintu rahim sementara aku tunggu di sebalik skrin.
“Dua cm. Membrane intact.” Maknanya belum pecah ketuban.
“Bagitau Labor Room kita hantar unbooked unscreened single unmarried teenage pregnancy in latent phase of labor. Baru bunyi dia extravaganza sikit.” Mahu sahaja aku tambah ‘of unknown origin’ tapi cukuplah setakat itu sahaja.
Sangka baik tuan puan. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Pempuan pun boleh mengandung anak suami bunian, setakat memiliki isteri bunian itu apalah sangat. Dunia Allah ini luas, perkara ghaib itu wujud.