Parut Luka Maki dan Buli

Sebenarnya tak payahlah nak bercerita sangat tentang MO toksik, SP malignant zaman HO dulu. Sebab kita ini bukannya betul sangat pun. Rasa diri bagus sangat tak layak kena marah, generasi top achiever. Ceritanya orang lain semua buruk, kita sahajalah yang baik. Last2 jadi MO malignant jugak marah orang tak tentu pasal.

Masa HO dulu ada seorang Pakar yang malignant, kerja masa round mesti maki HO dengan MO sekali kena. Rasa macam dah perfect dah tapi mesti ada benda beliau jumpa buat modal nak maki.

Patient cakap nasi hospital tak sedap, dia tanya apa yang kami dah buat. Gila, takkan nak masak untuk patient? Sudahnya beliau suruh beli kicap Mahsuri. Pakai duit sendiri.

Aura malignancy beliau, hinggakan masa tengah reviu pesakit dengan MO tiba2 datang masanya semua akan rasa impending doom lepas bagi adenosine, pandang satu sama lain sambil tengok jam dinding. Lalu muncullah beliau di pintu utama wad nak buat round. Tak macam Pakar lain, datang pun tak ada orang perasan tiba-tiba duduk di sebelah.

Anda semua sembang pasal toxic environment sekadar sembang di FB sahajalah, tapi toxicity beliau sampaikan Suruhanjaya Siasatan Diraja KKM turun padang panggil HO dan MO untuk diambil keterangan. Saya merupakan salah seorang saksi waktu tersebut selaku mangsa paling selalu kena maki.

Nak dijadikan cerita, satu hari selesai tugasan pelan pagi, saya masuk pantri nak makan tengah hari. Ya, beliau seorang diri sedang menjamu selera dalam pantri pada waktu tersebut. Orang lain mungkin akan tutup pintu dan lari, tapi saya tanpa segan silunya masuk ambil pinggan ceduk nasi kaut lauk tengah hari kemudian duduk makan satu meja.

Awkward gila. Senyap sunyi macam naik Grab. Masing-masing tak bercakap.

Tiba-tiba beliau hulur mangkuk berisi ikan goreng tanpa sebarang suara suruh makan ke, atau apa. Sekali lagi tanpa segan silu saya ambil dan habiskan barulah beliau berbunyi.

“Hafiz.”

Berpeluh, berdebar, matilah aku, beliau nak lagi ke ikan goreng tadi? Kena muntahkan balik ke apa? Apa benda ni ya Allah matikanlah aku dalam iman.

“I forgot to tell you ikan goreng tadi staff nurse non-Muslim yang masak.”

Sejak itulah saya memandang beliau dengan pandangan berbeza, “Ah, Pakar aku ini sebenarnya seorang Tsundere.” Beliau cuma concern pasal ikan goreng halal atau tak, tapi saya nampak macam angelic betul rupa beliau waktu tersebut.

Sejak hari itu jugalah terbuka segala hijab, setiap kali beliau maki pasti saya akan nampak ‘sebab’ di sebalik semua kata-kata kesat beliau. Saya ini memang bodoh benda semudah itu pun tak tahu. Balik kena buka buku takut esok beliau tanya lagi sekali.

Sebelum2 ini macam tak perasan, tapi selepas itu barulah terang bersuluh setiap kali beliau maki tiap kali itulah beliau sebenarnya tanpa jemu mengajar kami benda2 yang terlepas pandang. Jadi meticulous bila tengok pesakit.

Barulah kita sedar, bila dah ditanam dengan pemikiran negatif semua benda rasa negatif padahal benda beliau buat bersebab. Kena maki? Senyum sahajalah sambil buat benda beliau nak.

Ada juga ura-ura tiap kali penilaian HO, beliau selalu backup HO tapi Pakar lain yang beria-ria nak extend. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu.

Penghujung posting beliau bagi tugasan, “Hafiz, starting tomorrow I want you to review all these patients and give plans as an MO.” Sampaikan MO pun konfius mereka kena buat review ataupun tak kalau saya dah tengok. Nak kata cemerlang, masa round kena tembak ketuk kepala dimaki brainless jugak.

Berbalik pada kes Suruhanjaya Siasatan Diraja tadi, panel penyiasat bukan main jadi batu api suruh kutuk cerita apa kekejaman beliau tapi saya cuma cakap, “Nak buat camne, beliau memang Tsundere. Biarlah itu memang cara beliau.”

Comel kan watak sebegini? Nampak ganas tapi dalam hati ada taman. Kelakar pun ada. Kau tahu ada sisi lembut yang kau boleh sentuh supaya kau berani nak hadap setiap hari.

Sekarang pun ada beberapa habit yang beliau develop, bawa sampai ke hari ini. Antaranya go extra mile for the patient kalau boleh – beli kicap Mahsuri, makan berselera, berat naik, esok boleh discaj. Bagi ubat kena ajar instruction step by step – satu uncang ORS campur air masak 250ml/8oz minum pakai cawan.

Tapi kadang2 malas juga buat.

Semoga Allah rahmati semua Pakar-pakar kami yang ikhlas mengajar tanpa jemu walau apa pun cara yang mereka guna. Pada akhirnya mereka nak kita nak jadi dokter yang safe. Itu sahajalah.

Cerita tentang parut luka, penghujungnya kita juga yang tak boleh terima orang lain seadanya, jadi dendam makan diri. Padahal itu semua luka kecil dibandingkan luka pesakit kita meninggal disebabkan mismanagement, berdarahnya sampai termimpi-mimpi.

Bukanlah nak cakap maki dan buli itu elok, tapi kalau semua benda kita rasa ‘sedang dibuli’, susahlah.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain