“Hafez!”

medcSejurus selepas meletak beg dalam Lecture Hall 8, saya lari-lari anak menuruni anak tangga bangunan Medical Education Development Center. Mahu turun ke Ground Floor bawah sekali. Tempat letaknya kedai-kedai buku dan kedai-kedai makan.

“Hafez!”

Turun satu tingkat tiba-tiba ada suara panggil nama. Nada intonasi Arab selalunya budak Malaysia buat tak dengar, tapi entah kenapa rasa nak perasan dipanggil. Saya toleh ke belakang mencari-cari tuan suara.

Nampak sahaja susuk tubuh tuan punya suara, “Ah sudah.” Tangan kanan dah tekup muka. Hati menyumpah-nyumpah hikmah apakah takdir yang Allah rancangkan ini.

Dr Hussein Khairi.

Ta3aal,” beliau panggil sambil menuju ke arah saya. Di belakang beliau seperti biasa gerombolan pengikut-pengikut setia. Macam geng mafia berjalan di tempat awam bawa seluruh anak buah nak tunjuk kuasa.

Saya berjalan huyung-hayang nak tak nak menuju ke arah beliau. Tangan masih tekup muka sambil senyum tahan segan. Malu sebenarnya sebab dah lebih sebulan tak pergi kelas Surgery pagi-pagi yang beliau buat.

Sejak Ahad minggu ini setiap malam saya mimpi kelas beliau. Selalunya ending mimpi tersebut Dr Hussein akan panggil nama saya suruh jawab soalan. Lalu terjaga dari tidur dan jam tunjuk nombor 0530. Tapi macam biasa pukul 0600 guling-guling balik dalam lihaf. Sejuk!

Balasan ignored panggilan beliau dalam mimpi, kali ini beliau panggil di alam nyata. Wali Allah betul.

“You’re Sixth Year taking the exam?” Dr Hussein tanya sambil tepuk belakang saya. Macam member baru jumpa member. Cool kan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah?

“No, I’m Sixth Year gadid,” saya jawab ringkas. Sekarang ini memang musim Tahun Enam (lama) ambil final exam.

“So why I’m not seeing you in my class?”

Ah sudah. Soalan cepumas yang tak mahu didengari. Nak jawab apa? Senyum sahajalah.

“I got you this time.”

Wuwuwuwuu~ Balik rumah menangis dalam bilik menangisi diri ini yang lupa guru-guru di saat guru-guru tak pernah melupakan diri ini.

Lempangan hebat tahun baru 2014.

Maka esok hari Khamis kelas Radiology, kena bangun awal.

IKLAN!
Twy is better than One

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

3 thoughts on ““Hafez!”

    1. wuwuwuu lepas jumpa tu rasa nak naik balik tangga tingkat atas sekali pastu terjun bunuh diri.
      sungguh tidak layak diri yang tak cemerlang ini dilayan sedemikian rupa oleh orang hebat.

Komen di sini, bukan di tempat lain