Maki Tanda Sayang

Hello?” Kedengaran suara di hujung talian setelah operator menyambung talian kepada MO Pembedahan. Pagi itu hari pertama saya mengambil alih kubikel Wad 100 dan ada satu kes menunggu untuk dipindahkan ke hospital lain.

Hello Dr Kim, Hafiz here. Medical Ward 100.

Haa what do you want?” Suara beliau masih sama macam dulu. Nada lembut tapi menyakitkan hati. Saya cuma senyum sambil merangka ayat yang sesuai.

We have one patient transferred here from Surgical for CAP (Community Acquired Pneumonia). Initially admitted to Surgical Ward for UGIH (Upper Gastro-Intestinal Hemorrhage). OGDS (Oesophago-Gastro-Duodeno-Scope) done last week shows multiple Forrest III ulcer over incisura, antrum, lesser curvature, greater curvature, body and fundus. Planned to transfer this patient to Hospital Sarikei for continuation of antibiotics.

So why do you call me?

Actually we just got a phone call from Hospital Sarikei, one ambulance is coming here today. So we planned to discharge-

Ambulance is coming today and you just referred me now?” Belum sempat saya menghabiskan ayat, beliau sudah terlebih dahulu memotong. Saya terdiam sejenak.

So you want me to go and give discharge plan, is it? Do you have any brain?” Beliau sudah memulakan ayat bebelan. Sudah lama saya tidak mendengar bebelan beliau sejak berpindah dari Jabatan Pembedahan.

Do you think I can just go to see the patient and give discharge plan on the spot? It’s not as easy as that, you know? I need to discuss with my specialist first. Do you understand me or not?

Yes, I understand. But we also suddenly got the phone call from Hospital Sarikei. That’s why i’m calling you now.” Saya cuba mereka alasan walaupun kedengaran mengarut.

Are you kidding me? How long the patient have been there?

Almost… One week.” Saya menjawab setelah membelek nota kes ke mukasurat Transfer-In Review.

So one week passed and you call me today? Do you know what to do when transferring patient to another hospital? You cannot do like this, you know. You didnt learn anything do you?

Tanpa disedari saya tergelak kecil. Memang salah kami pihak Jabatan Perubatan tidak menyelesaikan semua urusan berkaitan pemindahan pesakit dari awal. Saya sendiri tahu perkara tersebut. Sewaktu di Jabatan Pembedahan dulu, semua pesakit yang menanti untuk dipindahkan wajib diselesaikan semua urusan berkaitan, tinggal sahaja mahu usung masuk ambulan pergi jauh dari sini.

Actually last review from Surgical gave plan to get a date for re-OGDS after three weeks of therapy. We already got the date – 31 December 2067. We just want to ask Surgical to give date to see her back.

Kedengaran dengusan kasar dari hujung sebelah sana. “Wait for me. I’ll come and see the patient when I’m free.” Ambulans dalam perjalanan yang mengambil masa kurang 1 jam, tapi beliau hanya akan datang apabila beliau lapang. Habislah. Saya cuma menggelengkan kepala sambil tersenyum. Entah mahu merasa lega atau bersiap sedia mendengar bebelan pihak sebelah sini pula.

Tapi tidak sampai 30 minit, Dr Kim sudah muncul di pintu Wad Perubatan. Saya menunjukkan katil pesakit dan mengambil nota kes untuk beliau.

Selepas beberapa minit beliau memanggil saya semula.

Have you referred Wound Team?” Nota kes terbuka di mukasurat reviu Pasukan Luka minggu lepas. Saya cuma geleng kepala.

How about Ortho? She has spine problem under Orthopaedics, do you know that?” Beliau memandang saya menanti jawapan. Jari diketuk-ketuk pada meja di hadapan beliau.

Not yet.” Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, dia menepuk meja kardiak di hadapannya. Muka jelas menunjukkan gaya tidak puas hati.

You guys are really useless. You want to discharge patient today, but nothing is done yet. You think you can settle all of these in less than one hour is it? Why didnt you settle all the things last week? You know how to transfer patient or not?

Waktu itu saya hanya menahan ketawa. MO Perubatan saya berada di katil sebelah sedang memeriksa pesakit tapi sengaja buat-buat tak nampak adegan sekarang ini. Perasaannya seperti mak dan ayah bergaduh tapi anak yang jadi orang tengah. Zahirnya kau sedang dimaki tapi sebenarnya makian tersebut terpantul kepada MO kau.

Are you listening to me or not? It’s not my ward, so why should I be the one who tell you all these things? You guys cannot do this yourself eh?” Beliau masih membebel. Saya cuma diam. MO saya turut sama diam tak berperasaan, menikus di katil sebelah.

Later you read my plan and make sure all things done.” Beliau menunjukkan isyarat ‘nah ambil 20 sen pergi main jauh-jauh.’

Seperti yang dijanjikan, beliau tulis dengan lengkap semua pihak yang perlu dihubungi dan semua pelan pihak berkaitan untuk pesakit tersebut. Lebih menakjubkan beliau siap tulis ringkasan kes untuk tulis surat rujukan nanti. Kau ingat ada MO yang rajin pergi wad lain tolong semak dari awal sampai akhir ambil alih kerja MO yang sepatutnya bertanggungjawab?
ss-romantic-dr-kim-001


“Macam mana nak tahan kena maki?” Tanya junior saya hari itu.

Senyum dan ingat bahawa mereka sayangkan anda.

Saya pernah dihalau daripada bulatan pagi. Tapi MO yang sama tawarkan prosedur untuk saya, “Hafiz, you want to try doing this?

Saya pernah diherdik sewaktu menelefon MO anesthesia kerana pembentangan kes yang lintang pukang. Tapi MO yang sama suruh saya pulang kerana saya sudah 6 jam terlajak masa kerja (sewaktu di Teater Operasi).

Saya pernah dimaki kerana menelefon Pakar di luar waktu kerja untuk tanya soalan remeh. Tapi Pakar yang sama telefon semula untuk minta maaf dan mengajar melalui telefon selama 15 minit.

Rakan sekerja pernah memaki saya dalam kumpulan Whatsapp Hosmen. Tapi beliau jugalah yang selalu mengajar saya menyediakan pelan rawatan selepas mengkerani pesakit.

Saya pernah dilabel “useless” oleh Ketua Jabatan. Tapi beliau jugalah yang ajak duduk berbincang sama ada saya mempunyai masalah rumah tangga atau isu dengan MO dan rakan sekerja.

Dan jawapan saya selalunya “Tidak.”

Mengenangkan ketulusan hati mereka, saya tidak dapat menghadam bagaimana orang lain sanggup mencanang keburukan mereka di khalayak ramai. Kadang-kadang kau rasa kau dah berperangai sehabis baik, bersopan santun, baik budi, tapi tetap ada orang terasa hati. MO kau pun sama – dia rasa dia buat yang terbaik untuk kau tapi tetap bukan ‘taste‘ kau.

Kau boleh menangis bila orang campak tahi pada kau, ataupun kau boleh tahan bau busuk tahi tersebut dan ambil buat baja pokok durian belakang rumah.

Ataupun sebenarnya aku yang dungu lurus bendul. Haha.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain