“Are you married?”
“No boss. I’m still friendzoned forever alone.“
“In the future, when your wife wants to deliver, never prescribe her painkiller.“
Ah, sudah. Apa kaitan analgesik dengan kisah sekarang ini? Aku buat muka tak faham.
SP pun menunjukkan catatan jururawat dalam nota kes. Markah kesakitan 10. Belek satu muka surat, markah kesakitan 10. Lagi, markah kesakitan 10.
“How can you give your wife painkiller when you let other people’s wife in pain?“
“Err… Ok boss, I promise.” Aku cuma mampu sengih buat muka minta pelempang. Lupa nak tanya markah kesakitan bila perempuan yang menunggu masa mahu bersalin itu masih tersenyum macam tak ada apa-apa.
Ataupun aku yang masih belum mampu membaca seorang perempuan.