“Hafiz, kau kerja sampai pukul berapa hari ini?”
“Sampai pukul lima bos. Sekarang dah pukul enam, pujilah sikit saya masih berhempas pulas di wad sekarang ini,” aku jawab sambil tunjuk jam dinding. Lady SP cuma jeling sekilas.
“Ah, tak ada maknanya aku nak puji. Sebelum kau balik aku nak kau buat benda urgent untuk aku. Kau tinggal mana?”
“Depan hospital sahaja bos.” Adeh ada kerja lagi rupanya. Perut dah berbunyi kelaparan.
“Dekat sahaja. Bagus, mari ikut aku,” laju sahaja SP berjalan ke bahagian hadapan wad. Tanpa berlengah aku mengekori beliau dari belakang wad, melintasi kubikel akut, tak-akut, hinggalah ke pantri di depan pintu masuk.
“Aku oncall hari ini, sekejap lagi nak masuk Dewan Bedah.” SP membuka peti sejuk mencari sesuatu.
“Kau balik nanti singgah rumah aku hantar benda ini.” Beliau menghulurkan beg kain berisi benda dari peti sejuk tadi. Pantas aku belek-belek mahu tahu.
“Susulah. Kau jangan minum pula.”
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Susu ibu tetap yang terbaik. Walaupun hosmen sekarang terpaksa naik pangkat jadi mat despatch.
Telah disiarkan melalui Facebook