Author Archives: Hafiz Adam - Page 5

image-2331

Ubat Malas

Antara masalah terbesar seorang pelajar (mungkin juga semua manusia), adalah rasa malas. Malas nak buat kebajikan, malas nak belajar, malas nak bertanya, segalanya malas. Tapi makan minum berak rajin. Pernah juga sesi sembang-sembang bersama sahabat-sahabat, masuk topik ini. Memang bosan kan? Maknanya waktu tersebut kami dah kering idea mahu mengumpat siapa. Presiden mahu kahwin sudah, akhawat keluar malam tiada mushrif sudah, junior kurang diajar pun sudah. Selalunya penyelesaian yang diberi adalah mentaliti manusia yang perlu diubah. Mindset perlu diperbetul. Tujuan kita datang ...
Click here to read more »

image-2302

Selamanya Hanya Mampu Berdoa?

Menangis mendengar keadaan Mesir sekarang, pejuang ditangkap, penjenayah dibebaskan. Dengan keadaan Mesir yang menggila dan umat sedang sakit tenat, kita masih tergamak mahu futur? Jeles dengan mereka yang syahid di Medan Rab'ah, bilakah aku pula dapat bersama mereka? aku berdoa agar - semangat juang itu tetap mengalir dalam - setiap urat darah - hembus nafas - kata bicara - semuanya Jujurnya jauh dalam hati saya tak percaya dengan status-status sebegini. Sebabnya apabila dicampak ke medan juang, merekalah manusia pertama yang akan lari dari medan ...
Click here to read more »

image-2283

Double Celebration

Petang 7 Ogos. Tiba-tiba selepas keputusan Tahun Empat diumumkan, menerima berita keputusan Tahun Lima. Menakjubkan. Lulus Paediatrics, walaupun bakal mengambil semula kertas Obstetrics & Gynaecology pada 24 Ogos ini. Perempuan memang makhluk yang sukar difahami. Ada dua minggu untuk - paling kurang - hafal separuh tentang mereka. Malam Gema Takbir di Markas Abu Risy. Muka-muka mereka yang bermalam raya di Mesir. Siap ada hashtag #sektokgogek di Facebook. Subuh 8 Ogos. Aktiviti wajib setiap pagi raya - mencari butang baju melayu. Menggeledah kekotak yang menyimpan khazanah waktu pindah ...
Click here to read more »
image-2248

Beauty Is Not Subjective

Kita selalu dengar, 'Beauty lies in the eyes of the beholder.' Maksudnya kecantikan itu adalah subjektif. Bergantung pada siapa yang melihat dan dilihat. Tahukah anda kenyataan ini cuma untuk menyedapkan hati sahaja? Kecantikan adalah objektif walau di mana anda berada. BUKTI SAINTIFIK Cantik sebenarnya boleh diukur dan dibuktikan secara saintifik. Dalam matematik, ada istilah Golden Ratio (Phi - φ). Kajian menunjukkan bahawa apa yang kita tafsirkan sebagai cantik mempunyai nisbah yang tertentu. Maka Golden Ratio banyak digunakan dalam binaan bangunan, komposisi gambar, teknik rakaman ...
Click here to read more »
image-2199

Memaki Admin Page Facebook

Semalam puas hati memaki admin Page Facebook melalui Twitter. Maka kita dokumentasikan supaya mudah orang lain Google. Berikut adalah 5 perkara yang saya rasa nak bagi kaki kepada seorang Admin Page Facebook. 1. Malas baca Notification dan Message Facebook dan Twitter adalah Social Media. Tujuan utama Social Media dalam Marketing adalah interaksi dengan pelanggan. Istilah khususnya, Engagement. Maka setiap hari kena periksa ruang Notification dan Message supaya boleh respon dengan pantas perkara-perkara yang penting. Dalam Notification, tumpukan pada Comments dan periksa satu-satu sekiranya ada ...
Click here to read more »
image-2184

WordPress: Jetpack Comments

Sebagai pengguna Wordpress tegar, antara Plugin yang wajib dipasang dalam semua blog yang kita kendalikan adalah Jetpack. Selain fungsi utama merekod statistik blog anda, Plugin ini turut memiliki banyak lagi fungsi tambahan. Antaranya Jetpacks Comments - alternatif kepada ruang komen sedia ada. TANPA JETPACK COMMENTS DENGAN JETPACK COMMENTS Paparan komen lebih padat dan kemas. Lihat juga tambahan Login melalui Social Network di sudut kanan. PAPARAN ADMIN Untuk kemudahan pengguna, hampir semua Setting boleh diubah melalui menu Admin. Seperti biasa, paparan rupa hanya boleh diubah sekiranya anda ...
Click here to read more »
image-2175

Sujud di Celahan Kaki

Awal-awal tiba di Mesir 6-7 tahun dulu, masih mentah dengan budaya dan amalan masyarakat setempat. Maka banyak merasai pengalaman baru untuk kali pertama. Antaranya, suatu ketika selesai kelas Physiology, ingin solat Zohor di 'surau' berdekatan. Apabila masuk, rupanya telah penuh. Lebih menakjubkan, jarak antara saf rapat tidak seperti biasa kita solat jemaah. Cukup-cukup untuk meletak lutut ketika sujud. Rukuk sahaja kepala sudah menyentuh punggung jemaah di hadapan. Kehairanan bagaimana mereka sujud, rupanya ketika sujud kepala mereka masuk ke celah kaki jemaah hadapan! Kalau ...
Click here to read more »
image-2148

Pelajar Tidur Bertemankan Senjata

Mounira, 8 Julai - Bimbang dengan keadaan Mesir yang tidak menentu, pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah kini bersedia dengan apa jua cara demi keselamatan mereka. Sebelum ini mereka menyimpan parang dan pisau di bawah bantal namun kini ada yang membawa senjata api bersama-sama. Penempatan mereka yang cuma 2km dari Dataran Tahrir, menambah lagi kegusaran. Baru-baru ini dilaporkan berlaku pertempuran di Manial, bersebelahan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah yang mengorbankan puluhan nyawa dan menghabiskan bergelen-gelen darah. Beberapa pelajar yang ingin melarikan diri dengan pulang ke ...
Click here to read more »
image-2141

Absolute Right or Wrong

Situasi 1: Pernah tak dalam satu exam kita jawab dengan yakin. Jawapan bagi soalan tersebut terbayang-bayang dalam fikiran. Idea mengalir macam air. Waktu tersebut kita dah senang hati euphoria kerana berjaya menjawab dengan betul. Bersuka ria selepas tamat exam kerana yakin lulus. Bercerita 2-3 jam dengan kekasih hati berkongsi kegembiraan berjaya jawab dengan betul waktu exam. Tapi bila keputusan keluar, kita didapati gagal. Situasi 2: Pernah tak dalam satu exam yang lain kita rasa nak menangis. Soalan tak pernah disoal tahun-tahun lepas. Jawapan pula ...
Click here to read more »
image-2093

Tuhanmu Kau Serahkan Siapa?

Fungsi Share pada Facebook sangat berkesan dalam penyebaran bahan tapi bukan untuk simpanan, rekod dan dokumentasi. Maka sesekali kita kongsi di sini untuk rujukan pada masa akan datang. Terjemahan Bahasa Melayu dengan editing untuk pemahaman: Anak-anakmu kau sediakan bibik (untuk melayan dan mengasuh mereka), Isterimu kau sediakan pemandu (untuk membawanya ke hulu ke hilir), Dirimu kau sediakan setiausaha (untuk merancang perjalanan aktiviti bisnes), Tuhanmu kau sediakan siapa (untuk menyembah dan mentaatinya)? - Gus Mus (Mencari Bening Mata Air) Puisi ini sangat mendalam, terjemahan di atas cuma panduan. ...
Click here to read more »
image-2076

Of Running Man and Family Outing

Petang itu Nurin berkunjung ke bilik Fifie untuk menyalin drama Korea. Lalu terjadi perbualan lagho berikut. 'General Hospital 2 ni siapa berlakon?' tanya Nurin. Dia memerhati senarai drama dalam komputer sahabatnya. 'Cha Tae-hyun. Ala pernah masuk Family Outing,' Fifie menjawab sambil menggerakkan cursor membuka salah satu episod. 'Aku tak tonton Family Outing. Tapi aku kenal la; Speedy Scandal, Sassy Girl, Lover's Concerto semua dia berlakon.' Tetikus di tangan Fifie beralih ke tangan Nurin. 'Serius tak? Running Man kau tonton?' Soal Fifie sambil menyebut satu ...
Click here to read more »
image-2063

Kebarangkalian Dalam Perkahwinan

Dalam Facebook terlihat manusia post gambar ini: Selaku kaki Matematik waktu SPM dahulu maka saya menjadi geram. Kepada calon SPM sekalian, boleh cuba jawab soalan berikut: Aplikasi dalam kehidupan, tukarkan - bola kepada akhawat - bola hitam kepada akhawat spesifik Seterusnya kita buka untuk perbincangan dan ulasan. Komen di bawah, bukan di Facebook. Siapa nak baca komen kat sana grrr Boleh scan dan upload jalan kerja anda sendiri kalau jawapan di atas salah. Maklumlah, dah lama tinggal subjek matematik. Untuk generasi muda, Kebarangkalian adalah tajuk Probability. p/s: wah ...
Click here to read more »
image-2008

Searching for Laporan…

Ketika sedang membelek laman web bERUBATAN, terlihat ini: Salah satu sebab kenapa perlu menulis dengan FORMAT yang betul. Terutamanya berita dan laporan. Tajuk, isi, nama dsb kena tepat supaya PERUBATAN tak dimalukan sekali lagi.Agenda profesionalisme, ingat? '... di samping memperlihatkan PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang mementingkan kualiti dan mencapai piawaian tertentu dalam semua aspek pengurusan dan gerak kerja.' (Ucapan Dasar Prsiden bERUBATAN 2013/2014) BERITA Biasanya fokus pada sebahagian kecil daripada peristiwa. Tajuk: Mesti fokus pada isu yang ingin dibawa. Kadang-kadang dalam satu peristiwa ada banyak ...
Click here to read more »
image-1999

Persepsi Penyakit

Hari ini ponteng sebab belajar tajuk yang sama - otak dah tepu takleh nak dengar dah walaupun Dr best. Maka nampak pos ini dekat Newsfeed. Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita mengorek cerita tentang sakit yang dihadapi seseorang. Apatah lagi untuk tujuan penyebaran umum. Sebab itu kadang-kadang bila pesakit dah nazak baru kita terima khabar penyakit beliau. Kadang-kadang disuruh doa dan solat hajat tapi sakit apa tidak diketahui. Dulu-dulu hairan juga dengan situasi ini. Kenapa susah sangat nak bercerita tentang sakit kita kepada ...
Click here to read more »